MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (Sesi I 2023/2024)

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ini menjelaskan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) yang bersesuaian digalakkan dalam penyampaian kursus ini.